Monday, December 17, 2012

KE.TIGA PULUH EMPAT.

berbicara dengan bulan.
bicaranya bulan kembali tentang hatinya.
sama sama luka sama sama kecewa.
pungguk.bulan. sama sama merindui.
dan bila malam menjelma.
mereka melepas rindu.
hingga fajar terbit dan bulan pergi.
tinggalkan pungguk kesepian.

Friday, December 14, 2012

KE.TIGA PULUH TIGA.

Dulu ada seorang remaja lelaki yang suka duduk diluar di malam hari. Duduk di atas tembok pagar rumah. Memerhati sedalam dalamnya isi langit, memandang bulan. Senyap memerhati. Pabila bulan mengambang, dia berasa tenang setenang riak air. Hanya memandang kosong sambil mendengar lagu. Mengisi jiwanya dengan ketenangan yang disadur segala huru hara dunia.
ya aku rindukan diri itu, diri yang lama. Tidak mempedulikan dunia lain melainkan dunianya sendiri.
Dan dewasa ini lebih membuat aku patah hati dengan dunia. dengan apa isinya dunia ini.
Manusia yang membuat dunia yang indah ini tidak adil.
Moga Tuhan bersama aku. Moga Dia tidak mensisihkan aku. Dan moga Dia Mengasihi aku.

Saturday, December 8, 2012

KE.TIGA PULUH DUA.

Hari itu langit jatuh luluh. Aku tinggalkan hati ku. Muka menadah ke langit.
biarkannya mengalir ke lubuk hati. yang gelap. kering tandus.

KE.TIGA PULUH SATU.

Disana ada susuk yang memerhati, yang tersenyum.
Melihat aku jatuh berkali kali.
katanya; " cukuplah, berhenti berdiri. duduk fikir tenangkan hati"
ya, aku sepatut berhenti berlari. bersabar mencari jawapan.
persoalan untuk diri sendiri.

Thursday, December 6, 2012

KE.TIGA PULUH.

Hai Malam, Mana Bulan  pergi. Aku rindu untuk memberikan senyuman pada bulan.
Membisikan yang hati ini terlalu amat rindu pandanya.

KE.DUA PULUH SEMBILAN.

Sebelum aku tenggelam,lemas.Sebelum aku hanyut dan hilang arah tuju.
Aku simpankan segala perkara tentang kau. Setiap jejak setiap detik masa.
Dan bila sejarah berulang untuk kesekian kalinya, tidak aku ranap seperti yang pertamanya.
Dan setiap kehancuran, setiap remuk renyuk sebagaimana pun.
Walaubagaiman pun kaki terikat tangan berantai.
Aku simpan segala galanya di dalam.

Wednesday, December 5, 2012

KE.DUA PULUH LAPAN.

Merindui yang ditambahkan dengan empati kesedihan dan kesunyian.
Seperti hati ini dirobek ditikam.
Menyakitkan.
Kekosongan yang empayarnya meluas dan hanya kau sahaja semata mata di dalamnya.

Monday, December 3, 2012

KE.DUA PULUH TUJUH.

Ada disana di suatu sudut.
 Aku menjerit dengan nada yang terlalu tinggi untuk orang lain dengar.
Jeritan yang tiada sesiapa fahami. Yang tiada orang akan mengerti.
Tiada satu perkataan yang dapat mengambarkan perasaan.
kemarahan tidak. kesedihan tidak berbaur kekecewaan pun tidak.
menjerit sambil menangis. bertanyakan kenapa.
Tuhan.kenapa ya?
Semuanya di minda.

Sunday, December 2, 2012

KE.DUA PULUH ENAM.


di sana ada bidadari menari nari,
meriang riakan dirinya.
aku duduk melihat memerhati.
kosong. mereka bukan untukku.

KE.DUA PULUH LIMA.

susah rasa sedih tapi selalu sahaja marah. 
sebenarnya bila sedih tu pun lebih ke arah marah yang sedih,eh sedih yang marah. 
mana mana la .baran kan? haha iblis sungguh.

KE.DUA PULUH EMPAT.

Jiwa jiwa aku menjerit jerit.
Memekik di telinga ku, di minda dan paling lantang adalah di hati ku.
Memekik rindu pada kau yang satu.
Merindui kau yang mengembirakan aku.
Jauh disudut hati aku yang paling gelap kelam dan pekatnya kehitaman.
Aku rindukan Engkau.
dan Engkau yang memberikan aku inspirasi untuk menggungkap bait bait kata.
melemparkan setiap aksara aksara di medan i dan o ini.

Friday, November 30, 2012

KE.DUA PULUH TIGA.

Tak Salah kau bermimpi tapi biar kaki kau di paksi realiti.
Merealitikan Mimpi.

KE.DUA PULUH DUA.


di sana, ada sesuatu yang aku nampak. sesuatu, tidak.
seseorang yang seperti diri ku.
berbisik; bangun. yang kau bukan sedang bermimpi.
 berlari , bukan dari kemelut tapi keluarkan diri kau dari mimpi.

Monday, November 26, 2012

KE.DUA PULUH SATU.

Dan ketenangan ku adalah dalam kebisingan.
Kedamaian ku adalah di dalam gelap.
Dan kemarahan ku adalah rahmat bagi ku.
Sekurang kurangnya perasaan itu,
Mengingatkan aku masih lagi.
MANUSIA.

KE.DUA PULUH.

Setiap wanita itu bidadari.
Sama ada di dunia.
Atau.
Sama ada di Syurga.

KE.SEMBILAN BELAS.

Sedangkan Tuhan pun membedakan hamba- hamba-Nya.
Kerana Dia Maha Adil.

KE.LAPAN BELAS.

Yang membezakan manusia dan iblis.
Hanya 1.
Akal.

Sunday, November 25, 2012

KE.TUJUH BELAS.

Persoalan timbul pabila kau cuba mengenal diri sendiri, alam dan Maha Pencipta. Dimana kau mula bertanya kenapa kau dilahirkan, apa yang membezakan kau dengan makhluknya yang lain. Apa tanggungjawab kau sebagai manusia. Apa tujuan kau di atas muka bumi, matlamat kau dijadikan, kenapa dan mengapa nama kau diberikan sedemikian. Bukan mempersoal aturan yang Dia tentukan. Qada dan Qadar yang Dia ciptakan untuk kau. Cuma persoalan untuk diri sendiri yang kau perlu cari jawapannya sendiri. Dia ciptakan kita manusia ini berdiri diatas kaki sendiri dengan panduan asas. Jawapan adalah pilihan-pilihan yang kau fikirkan sesuai untuk kau. Kita adalah apa yang kita pilih untuk jadi. Pilih syurga atau neraka. Pilih untuk hidup susah atau senang. Jawapannya terletak pada pilihan kau. Dengan ke izinan dari-Nya.

Saturday, November 24, 2012

KE.ENAM BELAS

Dan aku pisahkan jasad dan jiwa,
Pisahkan hati dari badan ini.
Melihat langit jatuh,
Bersembunyi di bawah meja.
Berlari melawan arus,
Dengan tangan terbuka,
Aku pisahkan hati,minda dan jasad.

KE.LIMA BELAS.

Disana berdiri seorang lelaki,
lohong kosong di dadanya.

dalam keramaian sekeliling,
matanya dingin sepi.

Friday, November 23, 2012

KE.EMPAT BELAS.

Jadi seperti Awan,
cantik ketika dicuaca indah,
nipis jerlus telus,
serap segala beban sendiri,
pabila sedih,
warna berubah kelam,
rintik rintik menangis,
tapi sejuk pada yang perlu,
menyuburkan tanah yang tandus,
menghijaukan rumput yang layu,
pabila marah,
segala bah melimpah,
menenggelamkan segala di lantai bumi,
Jadi seperti Awan,
berkongsi segala pekara.

KE.TIGA BELAS

Bakar dan Biar aku terbakar,
Adakah kau tidak lagi memandang ke arah ku,
kerana aku tidak lagi seperti yang kau mahukan,
dan kau pergi,
aku masih berdiri disini, 
perhati dari jauh.
aku impi kan yang dunia ini jatuh,
dan aku masih berdiri ketika situasi itu terjadi.
dan aku lihat semua yang ada hilang,
menjadi debu,ditiup angin,
dan aku masih lagi berdiri.
melihat manusia lain merangkak, 
melihat manusia lain mencari,
untuk hidup,
merncari apa yang penting,
kenal apa yang perlu,
dan tau erti Hidup itu sendiri.
seperti aku yang mencari Kehidupan

KE.DUA BELAS

awan menangis, rintik rintik.
lama kelamaan, makin cepat air matanya mengalir.
aku berdiri,peluk tubuh. 
pelik.
aku tidak terasa dingin.
cuma sesak didada.
dalamnya terasa lebih dingin.
ya, disangkar tulang tulang rusuk,
sebelah kiri.


Saturday, July 7, 2012

KE.SEBELAS

ok.bayangkan bukit itu hati jiwa kasih sayang dan kecewa.
bila ditarah tarah.
bila di ambil ambil.
bila di kikis kikis.
bila diruntuh runtuh.
lama lama bukit itu tiada.
maka sama seperti sayang dan kecewa.
bila diambil ambil.
bila dilepas lepaskan.
lama lama.
dah tiada rasa apa.
lama lama.
dah rasa seperti tiada apa.
kebal mungkin.
mungkin juga.
tiada rasa sakit.
seperti besi? batu? kayu?

KE.SEPULUH

kelam kelam nampak cahaya.
bergerak capai dan lepaskan.
gembira gembira.
bersedih kemudian.
dan terus bergerak gerak.
senyum.
tapi hati kelam tak bercahaya.
mohon Tuhan beri kekuatan.
terbitkan cahaya dari jiwa yang gelap.

Saturday, June 23, 2012

KE.SEMBILAN.

lihat kanak kanak pada petang hari,
gembira, suka tanpa fikir apa,
aku yang dewasa senyum, cemburu.
makin tua makin gila duit,
mungkin keperluan si dewasa.
yang perlukan disi isi segala keperluan hidup,
yang perlu lunaskan tanggungjawab,
ya adik adik, belajar dan gembira dengan hidupmu,
tidak perlu terkejar kejar jadi dewasa,
gembirakan hidupmu tanpa perlu fikir kejarkan duit,
belajar memang untuk masa depanmu,
yang dimana kau perlukan duit bila dewasa,
fikirkan tanggungjawab di bahu,
tapi buat masa sekarang,
gembira dengan masa muda mu,
isikan dengan kenangan,
isikan dengan KEHIDUPAN.

KE.LAPAN

Aku lihat kau dan dia pada hari itu.
Gembira.
Beberapa kemudian,
Aku lihat kau dan dia kali ini,
Dimana dia pergi tanpa menoleh,
Kau berlutut menangis memanggilnya,
Sepenuh hati kau.
Dan aku pergi tidak peduli.
Bukan masalah ku.

Beberapa kemudian,
Aku lihat kau masih disitu,
Berlutut muka tunduk menghadap lantai,
Kau masih berhenti disitu,
Aku pergi tidak mempedulikan.

Dan kesekian kali ini,
aku lihat kau masih disitu,
rebah dilantai layu kaku,
air mata masih lagi mengalir,
kali ini, aku datang,
bersila memerhati,
cuba memahami,
bertanya itu ini.

"Masa tidak menunggu kau"
"kau berhenti disini, dikotak ini meratapi"
"cuba lihat ke hadapan, apa yang kau nampak"
" aku nampak kau!"
"hahaha, selain itu, kau nampak kegembiraan, kan?"
" kau tak akan gembira selagi kau tidak keluar"
"keluar dari kotak yang kau berhenti"
"ya, mungkin aku kegembiraan kau"

aku masih disitu menemani kau,
berborak dan menemankan kau disitu,
duduk disebelah kotak kau,
mengatakan sesuatu,kehidupan,kekuatan,
ajarkan apa yang sentiasa dalam akalku,
cara mana aku melihat dunia,
gaya ku mengorakkan hidup,
aku suntikan idea idea logikal ku,
aku lihat kau sudah mula bangkit,
dari baring mati kaku,
duduk bersila,
mula mengutip serpihan serpihan hati,
hati kau yang hancur berkecai,
kau cantumkan satu satu,
aku perhatikan sehingga kau selesai,
dan kau mula,
berdiri disitu.

aku lihat kau sudah mahu,
mahu bergerak kehadapan,
mengapai kegembiraan kau,
dan aku masih lagi disisi,
menemani kau untuk melihat kau bergerak,
bergerak kehadapan,
dan aku seiringkan langkah ku,
menemani kau bergerak ke kotak kotak seterusnya,

kau berikan hati kaca kau yang retak retak itu
yang masih lagi kelihatan alur alur pecahan,
aku terima dan aku jaga,
hati itu mula bercantum sedikit sedikit,
hingga retakan samar dilihat,

kau mengatakan aku hero kau,
penyelamat jiwa dan hati kau,
sehingga suatu tahap.
aku akan pergi meninggalkan kau,
melihat mata kau dengan mata redup ku,
ku lepaskan hati kau,
ku patahkan kedua dua kaki kau,
 dan aku pergi jauh,

tapi aku pergi dengan memerhati,
melihat kau disitu,
berlutut mengutip serpihan serpihan hati,
yang aku sendiri pecahkan,
dan aku lihat kau mula berdiri perlahan,
sedikit demi sedikit,
aku tersenyum,
kau sudah kuat dan kau sudah mampu,
aku tidak lagi diperlukan,
kau tanya kenapa,

"kenapa, kenapa?"
"aku bukan hero kau, aku bukan penyelamat mu"
"aku bukan sesiapa"
" dan kenapa?"
"kenapa datang kepadaku?"
"mungkin aku datang pada kau kerana.."
"kerana apa?"
"kerana aku bencikan air mata kesedihan"
"kerana aku bencikan melihat kau berhenti disitu"
"berhenti untuk berasa lebih gembira"
" dan kenapa kau tidak terus jadi kegembiraan ku?"
"aku.lelaki yang biasa. yang aku lihat tiada apa padaku"
"mungkin lebih penakut sebenarnya aku ini."
"penakut untuk komited, penakut untuk berjanji"
"penakut untuk bersama perempuan"
"bukan perempuan tapi wanita.wanita yang hebat"

aku pergi. dan pergi aku menoleh ke arah mu,
mungkin aku menyesal dan mungkin aku gembira,
bercampur tapi aku tidak menyesal,
kerana kau sudah lebih kuat dari se awal yang aku kenal,
aku sudah melihat kau tersenyum,
bukan senyum untuk aku,
senyuman kepada yang lebih layak dari ku,

dan aku pergi meninggalkan kau,
hilang dalam hidup mu,
mungkin menjadi seorang yang kau pernah kenal.



Monday, May 21, 2012

KE.TUJUH.

Pernah main puzzle yang cantum cantum dan menjadi kepingan gambar?
ok dan bayang yang ini,
kau dan dia merupakan puzzle puzzle yang berada di tahap mudah.
kau dan dia cantumkan kepingan kepingan secara mudah. dan ini ada peringkat kawan.

Bila kau dan dia sudah mula kenal, maka kau dan dia pula bemain puzzle yang diaras serdahana,
dan setiap cantuman cantuman ini mula menjadi kecil kecil,
mula ada bahagian bahagian yang kau dan dia kelirukan,
mula ada ragu ragu dan disitu adanya masalah.
dan disini mula sedikit demi sedikit perwatakan yang sama kau hendak berhadapan atau tidak,
atau kau kekal dalam fasa mudah atau fasa FRIENDZONE.
ATAU, kau dan dia mula bertindak mengambil risiko untuk tidak berada dalam FRIENDZONE.
disini kau sudah keluar dari fasa dan dikenali fasa jatuh cinta.

ya. KITA, kau aku dan mereka mereka ini ibarat kepingan kepingan puzzle puzzle kecil yang melengkapi hidup kita, tanpa salah satu kepingan pasti cacat gambar dan tidak lengkap apa yang kita panggil kehidupan.
ada gambaran ada warna dan ada kesukaran.

Friday, May 4, 2012

KE.ENAM.

ya, kadang kadang dulu ramai yang mengadu dan meluahkan,
segala rasa sedih dan rasa kecewa,
segala rasa duka dan rasa lara,
segala rasa marah dan rasa bengang.

dan aku setia mendengar setiap apa yang mereka katakan,
mulanya jadi teman untuk mendengar, kemudian jadi teman memberi nasihat dan pandangan,
dulu aku tak tahu dan tak pernah rasa apa yang mereka rasa,
maka aku nasihatkan, gunakan rasa akal tanpa ada hati didalamnya,
walaupun masa itu aku sudah berpunya tapi hati aku tiada,
walaupun akal cuba menyatakn sayang tapi jiwanya tiada,
maka nasihat aku kosong kosong belaka,
tapi mereka merasakan benar dan kagum dengan kekosongan kata kata aku.
sebab kenapa.. aku tak suka dengan suasana kesedihan suasana kehibaan,
naluri aku lelaki mungkin dingin tapi hati aku tak sedap rasa.

rasa jatuh dijatuhkan dipijak dimainkan digunakan diambil kesempatan di kotorkan,
semua tu perasaan yang paling aku tak suka kerana hak siapa kita nak buat orang lain
rasa selayaknya dengan perbuatan diatas,
permainan suka suka dan rasa ingin menguasai dan kemudian hancur luluh remukkan.
seronok tapi keji.

tapi itu dulu, dulu yang perasaan jiwa rebelius.
bila kau sendiri jatuh kau sendiri muka dipijak ketanah, di leset dengan lumpur kotor,
kau sendiri mengerti susahnya nak ubat dan bangkitkan rasa itu,
dan ya, bila kau tanya aku yang mukanya kosong tak berperasaan bila sedih
sama ada aku menangis , ya aku menangis, menangis aku cuma bila kegagalan aku mencapai standard.
standard dan harapan mama ayah dan adik adik.
selain dari itu aku tak menangis.
aku rasa marah, marah dengan kegagalan diri aku kerana tidak mengerti,
marah kerana biarkan orang lain membenci,
marah kerana buat yang lain kecewa sedih.

dan selayaknya bila aku sendiri rasa dengan perkataan kejatuhan kerana dipermainkan dan dipergunakan baru aku mengerti,
cuma mengerti aku dalam gambaran yang besar. banyak jalan yang aku nampak. menjadi pemain atau tidak.
menjadi yang lebih keji atau tidak.

masing masing ada jalan masing masing dan masing masing ada pilihan dan kembara masing masing. :)

KE.LIMA.

kalau anak lelaki sulung sudah rindukan rumah halamannya,
kalau abang ini dah rindukan adik adik manjanya,
kalau anak lelaki ini dah rindukan ayah dan mamanya.

seganas mana ,secomot mana dan serabai mana pun lelaki ini,
lelaki ini masih ada lagi perasaan kasih dan rindu kan keluarganya,
dah Tuhan letakkan dia seorang sahaja jantinanya dalam keluarga,
dah didik mama dan ayahnya untuk sayangkan keluarga,
inilah, duduk jauh dan lagi syahdu bila berada dalam pejabat,
ya dalam pejabat selepas waktu bekerja,
lagi syahdu bila masa masa hujung minggu ini tiada kesempatan untuk dia
balik menjenguk,
dia sabar untuk ada assetnya sendiri, kereta.
untuk lebih mudah dia kembali segera lagi lagi pada petang jumaat,
ambil adik adik manjanya yang berada di universiti,
balik sekali bersama sama.
 rindu sabar semuanya ada.

Tuesday, May 1, 2012

KE.EMPAT.



Duhai jiwa, duhai lara,
duhai rasa kecewa, duhai rasa berduka,
kini tidak terasa,
kerana hati ini sudah terasa gembira,
denyutnya kian deras.

duhai kekosongan, duhai kehampaan,
duhai kebosanan , duhai tekanan,
kini kian tidak terasa,
kerana jiwa sudah terisi,
kerana hidup kembali berseri,
kerana senyum terukir dibibir,
jasad ini ber-roh kembali,
dari rasa robot menjadi manusia.

Monday, April 30, 2012

KETIGA

DARI MATA TURUN KE HATI,
orang lama berkata,
sebab mata memandang,mata terpikat.
tapi tidak terus turun ke hati,
kerana hati perlu dipikat,
mula la mulut memain peranan,
lidah lembut tidak bertulang,
bibir manis di cangkir madu,
mula la akal mencari jalan,
susunan ayat ayat konsonan berima,
mula hati kenal empunya diri,
mula telinga mendengar nama,
bila semua sepakat,
hati keras mula lembut lemah gemalai,
mula jantung berdetik keras,
mula lah selalu teringat,
dan hati mula terpikat,
rasa kasih dan rasa sayang.
betul kata orang lama-lama dahulu,
cuma perlu faham dengan akal,
perlu rasa dengan jiwa,
baru ruh sayang itu ada,
barulah kasih berjasad.

Sunday, April 29, 2012

PERTAMA

walhal hidup ini keseorangan bila kau amati. yang itu cuma bila kau mati.
lahirnya kau yang sebelum itu, ibu kau menolong kau.
membawa kau kehulu hilir 9bulan dan memaksa kau keluar.
dan bila kau rasa kau ingin hidup seorang diri tanpa bantuan sesiapa.
kau lupa yang TUHAN sentiasa membantu kau.
kewujudan orang lain menjadikan kamu bermasyarakat.
dimana kau terasa kewujudan mereka dan mula kau dapatkan perhatian.
sama ada memberi pertolongan dan meminta tolong.
kita sebenarnya memerlukan orang lain untuk memperakui kewujudan kita.
kita memerlukan orang lain membuat kita senyum.
kita memerlukan orang lain dalam mencapai matlamat kita.
sebenar apa yang aku cuba sampaikan.
pilihan kau untuk menjadi keseorangan atau berada dalam masyarakat.

1.INTRO

ya, kali ini ini percubaan aku untuk kali yang ke berapa yang aku sendiri tak pasti.
yang aku pasti , dia penyebab aku untuk mencuba. cuba untuk menaip sesuatu yang bising.
bising dalam kepala, mungkin kerana aku kurang bercakap benda yang agak berat, 
yang berat untuk aku sendiri hadam dan orang yang aku cuba sampaikan.

dan ya, kali ini aku cuba untuk jadi lebih berani. Lebih untuk ke arah mencari arah aku.
apa yang aku hendak, apa yang aku perlu dan apa yang sepatutnya menjadi cara aku. 
sekian untuk bacaan yang membosankan.