Friday, November 30, 2012

KE.DUA PULUH TIGA.

Tak Salah kau bermimpi tapi biar kaki kau di paksi realiti.
Merealitikan Mimpi.

KE.DUA PULUH DUA.


di sana, ada sesuatu yang aku nampak. sesuatu, tidak.
seseorang yang seperti diri ku.
berbisik; bangun. yang kau bukan sedang bermimpi.
 berlari , bukan dari kemelut tapi keluarkan diri kau dari mimpi.

Monday, November 26, 2012

KE.DUA PULUH SATU.

Dan ketenangan ku adalah dalam kebisingan.
Kedamaian ku adalah di dalam gelap.
Dan kemarahan ku adalah rahmat bagi ku.
Sekurang kurangnya perasaan itu,
Mengingatkan aku masih lagi.
MANUSIA.

KE.DUA PULUH.

Setiap wanita itu bidadari.
Sama ada di dunia.
Atau.
Sama ada di Syurga.

KE.SEMBILAN BELAS.

Sedangkan Tuhan pun membedakan hamba- hamba-Nya.
Kerana Dia Maha Adil.

KE.LAPAN BELAS.

Yang membezakan manusia dan iblis.
Hanya 1.
Akal.

Sunday, November 25, 2012

KE.TUJUH BELAS.

Persoalan timbul pabila kau cuba mengenal diri sendiri, alam dan Maha Pencipta. Dimana kau mula bertanya kenapa kau dilahirkan, apa yang membezakan kau dengan makhluknya yang lain. Apa tanggungjawab kau sebagai manusia. Apa tujuan kau di atas muka bumi, matlamat kau dijadikan, kenapa dan mengapa nama kau diberikan sedemikian. Bukan mempersoal aturan yang Dia tentukan. Qada dan Qadar yang Dia ciptakan untuk kau. Cuma persoalan untuk diri sendiri yang kau perlu cari jawapannya sendiri. Dia ciptakan kita manusia ini berdiri diatas kaki sendiri dengan panduan asas. Jawapan adalah pilihan-pilihan yang kau fikirkan sesuai untuk kau. Kita adalah apa yang kita pilih untuk jadi. Pilih syurga atau neraka. Pilih untuk hidup susah atau senang. Jawapannya terletak pada pilihan kau. Dengan ke izinan dari-Nya.

Saturday, November 24, 2012

KE.ENAM BELAS

Dan aku pisahkan jasad dan jiwa,
Pisahkan hati dari badan ini.
Melihat langit jatuh,
Bersembunyi di bawah meja.
Berlari melawan arus,
Dengan tangan terbuka,
Aku pisahkan hati,minda dan jasad.

KE.LIMA BELAS.

Disana berdiri seorang lelaki,
lohong kosong di dadanya.

dalam keramaian sekeliling,
matanya dingin sepi.

Friday, November 23, 2012

KE.EMPAT BELAS.

Jadi seperti Awan,
cantik ketika dicuaca indah,
nipis jerlus telus,
serap segala beban sendiri,
pabila sedih,
warna berubah kelam,
rintik rintik menangis,
tapi sejuk pada yang perlu,
menyuburkan tanah yang tandus,
menghijaukan rumput yang layu,
pabila marah,
segala bah melimpah,
menenggelamkan segala di lantai bumi,
Jadi seperti Awan,
berkongsi segala pekara.

KE.TIGA BELAS

Bakar dan Biar aku terbakar,
Adakah kau tidak lagi memandang ke arah ku,
kerana aku tidak lagi seperti yang kau mahukan,
dan kau pergi,
aku masih berdiri disini, 
perhati dari jauh.
aku impi kan yang dunia ini jatuh,
dan aku masih berdiri ketika situasi itu terjadi.
dan aku lihat semua yang ada hilang,
menjadi debu,ditiup angin,
dan aku masih lagi berdiri.
melihat manusia lain merangkak, 
melihat manusia lain mencari,
untuk hidup,
merncari apa yang penting,
kenal apa yang perlu,
dan tau erti Hidup itu sendiri.
seperti aku yang mencari Kehidupan

KE.DUA BELAS

awan menangis, rintik rintik.
lama kelamaan, makin cepat air matanya mengalir.
aku berdiri,peluk tubuh. 
pelik.
aku tidak terasa dingin.
cuma sesak didada.
dalamnya terasa lebih dingin.
ya, disangkar tulang tulang rusuk,
sebelah kiri.