Monday, January 14, 2013

KE.TIGA PULUH LAPAN.

Gembira dan tenang , berenang di pantai yang hitam dan lautan dalam yang gelap.
Dari aku lemas dan hanyut dalam pantai sayang dan lautan kasih sayang.

KE.TIGA PULUH TUJUH.

Biar aku tenggelam dalam lautan kebencian dan kemarahan.
Kerana laut dalam kesedihan itu terlalu merenyahkan dan terlalu memenatkan bagi ku.
Dan aku berhenti untuk ada harapan.
Berhenti untuk bermimpi tentang impian.
Berhenti untuk ada angan angan.
Dan berhenti menipu pada diri sendiri yang semua akan jadi baik baik sahaja.
Semua yang bukan untuk aku.

Saturday, January 12, 2013

KE.TIGA PULUH ENAM.

jika orang lain lalui apa yang membuat diri aku yang sekarang ni aku rasa mereka akan jadi gila dan kaos. dan aku tidak mahu bertukar tempat dengan sesiapa kerana belum jua aku mampu untuk lalui apa yang kamu semua rasa. hidup dan jalan takdir berbeza, jangan bandingkan jangan sama kan. melainkan kalau kamu dan mereka di jalan takdir yang sama.

Monday, January 7, 2013

KE.TIGA PULUH LIMA.

Kau dah dibuang macam sampah hades.
Di campak ke dasar perut bumi.
Duduk kau sepi disitu kecewa sendiri hades.
tapi kau sudah berhenti menangis.
sudah kering air mata yang hendak disaliri.
Lama lama timbul rasa benci sedikit demi sedikit.
kau hadap muka ke lantai bumi.
benci dengan apa yang kau nampak pada diri sendiri.
kau ditipu , digunakan dan dibuang sedalam dalamnya.
lagi kau masih nak berharap dengan sesuatu.
cukup cukup hades,
tampar pipi kau sendiri hades.
bangun. belajar membenci. 
keraskan hati kau yang lembut.
tiada guna kau simpan lagi hati.
buang kemana mana hati kau yang luka.
Duhai hades. senyum. senyum selagi masih boleh.
kau ada seseorang yang menanti. 
mungkin yang membenci kau lebih dari kau bencikan dunia.
eh? kau masih berharap hades. cukup.
berhenti berharap apa apa.
melainkan kau harapkan pada diri sendiri.