A cry for help often being mistaken as a cry for attention
minggu lepas di johor, sepanjang tiga hari aku sentiasa balik lambat ke rumah. tiba di rumah dalam pukul 9,10 malam. sebabnya?
aku berjumpa dengan seseorang kawan. perempuan. kawan rapat yang dah lama tak ketemu.8,9 tahun juga. kawan dari daerah mersing.
cuma aku pernah dikhabarkan berita dari teman teman yang lain yang dia pernah cuba bunuh diri.kelar pergelangan tangan berkali kali, telan panadol berbutir butir. bila ketemu, aku lihat dia. menyedihkan. muka masih lagi ayu dan cantik cuma matanya lebih kosong dan seakan menakung air mata. selalu.
berbicara pasal pekara pekara bodoh lepas, buat dia gelak sedikit. hidup.
dan kemudian, aku bertanya. "kenapa?"
"keluarga,kawan kawan,kekasih yang patahkan hati dan masyarakat."
"aku dah putus asa dengan semuanya. dan kau..yang pergi tanpa cari dan cuba hubungi aku, aku rindu kau. rindu kau yang selalu buli aku tapi akan ceriakan aku setiap kali aku menangis. yang akan marah lelaki lain yang cuba usik aku sebab kau kata kau sahaja yang boleh buat aku menangis. dan kemudian kau hilang terus dari hidup aku untuk bertahun tahun."
aku diam."maafkan aku. aku bukan kawan yang baik..bukan lelaki yang baik dan juga aku dah makin hilang rasa dan perasaan. patah hati mungkin. cuma keadaan kau lagi parah dari aku ,kawan. dan ya.. aku rindu kan kau. rindu untuk tengok kau menangis sebab usikkan aku. cuma kali ni aku dah taknak kau menangis sebab hal yang tekankan kau. nanti sama sama kita menangis sebab patah hati masing masing. "
diam.
" maka siapa nak pujuk siapa nanti kan? takkan nak suruh ane tu yang pujuk plak?"
diam dia. dan tergelak..
"A cry for help often being mistaken as a cry for attention".
dia mula buka mulut kembali.
" aku tak minta perhatian yang sangat dan sentiasa. aku menangis bukan aku gedik. cuma aku dah tak tahan. aku menangis sebab aku perlukan pertolongan dan mereka tak faham. yang mereka fikir aku manja. keluarga berantakkan,kekasih mainkan perasaan dan tinggalkan aku dan kawan kawan sentiasa buli dan keji aku. masyarakat? apa mereka peduli selain dari wang?"
dia mula menangis.
"nak menangis jangan sekarang, nanti. aku temankan kau menangis, kita menangis sama-sama , ok?"
"eh, dah kau kenapa status fb kau banyak yang gelap, suram, kecewa.?"
aku senyum. "nothing, your problem are farrrr bigggerrr than mine."
"hurm. kau tak pernah nak berkongsi kan dari dulu."dia senyum tawar.
"entahlah, orang lain tak faham kita lagipun rasanya. aku menulis di status bukan nak kan perhatian, bukan nak belas ehsan. cuma aku tulis untuk sampai mesej. sesuatu yang aku LELAKI rasa. bila dah bercinta melebihi kapasiti hati dan secara perlahan lahan tanpa sempat aku berbuat apa apa. "
dia,"aku faham kawan. aku faham."
aku sambung kembali." nasib kita sama sahaja. ibu bapa pernah bertengkar terlalu lama untuk sesuatu pekara. sampai aku tak tahu nak buat apa lagi. aku tunjukkan depan adik adik aku yang aku kuat. yang mana aku sebagai abang masih lagi utuh di depan adik adik. yang selalu tenangkan mereka agar doa kan ibu bapa aku pulih . tapi jiwa aku rapuh.dan setiap pergi ke sekolah. aku diam dan jadi pendiam umat dalam kelas. kemudian. aku mula jadi nakal sedikit, mula bercinta monyet dengan beberapa gadis dalam satu masa. mungkin placebo aku untuk happykan diri aku. di rumah aku jadi anak yang baik dan disekolah aku jadi bad boy. kemudian bergaduh dengan budak kelas lain. kena pukul kena buli. dan kawan-kawan? diaorang tengok tak mahu masuk campur. sampai la aku sambung diploma. keadaan sama berterusan."
"dan bila kau mula patah hati ni ?"
"semenjak aku kenal gadis manis dan comel. mungkin. yang luruhkan segala pekara nakal aku secara perlahan."
aku diam dan sambung kembali.
" tapi aku bodoh, dah terbiasa dengan habit nakal kecil. aku patahkan hati dia sebab aku bermain kata kata dengan perempuan lain dibelakang dia. "
dia senyum. " kau bodoh kan?"
aku gelak. " ya, bodoh sangat. tapi dia buat aku berubah kemudian. aku tak nak salahkan apa yg ibu bapa aku buat yang menyebabkan aku jadi macam tu. jadi playboy dan mengorat sana sini. salah aku juga yang pilih alternatif yang macam tu. salah aku sebab biasakan diri. dan bila aku dah bercinta sepenuh hati dan patahkan hati dia. semua salah aku. dan tak dapat pulihkan semua yang terjadi. entahlah. aku sayang dia".
" eh ex bf kau siapa? nak aku belasahkan tak?"
dia pandang aku sinis. gelak.
" dia dah mati. kemalangan motor."
" mungkin balasan bagi dia."
aku diam. " ibu bapa kau?"
dia," bercerai sudah. itu yang aku cuba bunuh diri"
aku, " kau lagi bodoh dari aku. pengecut yang lari dari tanggungjawab yang Tuhan bagi."
"neraka tau"
kami gelak sama sama.
hurm. dia cuba bunuh diri dan aku yang masalah begini pun masih lagi patah hati.
aku doakan kau kuat kawan. lebih kuat dari aku kenal dulu. yang melenting bila aku buli yang merajuk bila aku usik. somehow. apa yang orang lain cuba sampaikan bukan mereka terhegehkan perhatian. cuma perlukan bantuan. tak semua orang kuat. tak semua orang hadap pekara yang sama. lain lain jalan takdir dan lain lain cerita. cuma kau semua pernah bertanya kenapa dan dengar alasan mereka? pernah? selain kau perli mereka manja dan mengada. gedik tak bertempat? pernah kau tanya aku kenapa aku jadi begini.. apa yang pernah aku lalui. tak kan. ? pernah tanya apa yang orang lain kenapa mereka jadi begitu. mungkin salah mereka sebab menyalahkan orang lain. tapi punca?
No comments:
Post a Comment